Monday, July 26, 2010

sebuah sajak....

JANJI LELAKI ITU

SATU

mereka datang tidak di jemput
mereka sampai tidak memberi salam
mereka masuk tidak mengetuk pintu

mereka datang ditengah tengah gelap yang hitam
mereka datang dengan muka tertutup
mereka datang dengan menendang pintu

datang untuk menangkap
datang untuk mencekup
datang untuk menggempar
datang untuk menakutkan sesiapa saja yang akan takut

ayah itu di gari
isterinya memandang
anaknya menangis
tentangga mengintai intai
lalu dia di bawa pergi

sang isteri bingong
sang anak meraung lagi
tetangga menjauhkan diri
takut telibat berimplikasi

kemana agaknya sang suami di bawa lari
kemana agaknya sang ayah di bawa pergi
kemana agaknya polis ganas itu membawa dia pergi

heboh
heboh
heboh satu negeri
ada pengganas sedang beroperasi
untuk menjatuhkan kerjaan negeri


dua bulan kemudian sang ayah mucul kembali
dari kuala lumpur dia naik lori
waktu malam dinihari
dia dipindah ke sebuah penjara lagi

DUA

di kamunting kami dipertemukan
di kamunting kami di raikan
di kamunting kami di kurung dan di rayakan
di kamunting kami di kunci agar tahu harga kebebasan diri

satu hari dibilik bacaan
aku bertemu dengan si ayah

ianya seorang musliman yang warak
jantan yang berjanji kepada allah dan nabi untuk menjadi insan yang soleh
jantan yang berjanji kepada sang insteri untuk menjadi suami yang berbudi
jantan yang berjanji kepada anak untuk menjadi ayah yang sering memberi
jantan yang berjanji kepada alam untuk membawa kebajikan ke dunia ini

lalu kami bertegur sapa
lalu kami menjadi mesra
lalu kami bertukar cerita
tentang si anu
dengan si anu
tentang si polan
dengan si polan

sang isteri tidak datang melawat
sang anak jauh sekali
mahal harga tambang bas
dimana nak tidor
dimana nak bermalam
akhirnya tak perlu datang
akhirnya tak perlu bertandang

TIGA

dibilik bacaan kami bertemu sekali lagi
aku bertanya khabar
bertanya khabar seolah olah
kami baru pulang dari luar negeri
mukanya sedih tidak berseri

dia bercerita tentang anaknya ke sekolah
dia bercerita tentang bayaran hutang rumah
dia bercerita tentang isterinya yang susah

aku hanya mendengar
berat telinga mendengar
berat hati merasa
berat lagi sang isteri di rumah
berat lagi anak ke sekolah

lalu dia bercerita tentang rayuannya ditolak
lalu dia bercerita tentang semua tuduhan
lalu dia bercerita tentang malam dia di tahan

dia bercerita tentang pukulan dan tamparan
dia bercerita tentang tendang dan api rokok
dia bercerita tentang sumpah seranah yang diterima
dia bercerita tentang ancaman kepada anak dan isteri

kemudian dia mendongak ke langit
matanya memandang ke luar jendela
memandang ke arah bukit hijau
memandang ke alam bebas

EMPAT

ramadan pun sampai
maka kami pun beramal
sebulan kami berkhalwat
sebulan kami melihat hidup
sebulan kami bersendirian

ketika ramadan
aku juga mencuba menjadi lelaki yang baik
aku juga mencuba menjadi anak yang soleh
aku juga mencuba menjadi manusia yang membawa kebajikan

bila hari raya sampai
maka kunci itu pun di bukalah
pintu penjara luas terbuka
agar sanak saudara datang melawat
agar kaum keluarga berjabat mesra

pagi itu aku pun diziarahi keluarga

tidak aku sangka sangka
di meja hadapan aku
si jantan itu juga di kelilingi oleh anak dan isteri
ku lihat mukanya gembira ria
anak dipangku kiri
anak diriba kanan
isteri dihadapan

aku pun gembira sendiri
milihat kawan bersenang hati

mata aku liar memerhati dan mencari
mengintai bekalan jaudah hidangan mereka
aduh ! aku terperanjat tak percaya
apa yang aku lihat di pagi raya

bukan ketupat
bukan satay
bukan udang
bukan ayam
bukan lemang
bukan rendang
yang terhidang hanya mee goreng dan biskut kering
dan sebotol ayer lemonade

lalu aku mengalih mata
memandang ke atas bukit yang hijau
memandang ke alam bebas

LIMA

jam 7 pintu itu dikunci
maka aku pun terkurung
hari raya pun selesailah

malam pun datang
sehari telah berlalu

maka aku pun berjanji untuk menjadi manusia yang berbudi
maka aku pun berjanji untuk menjadi menusia yang memberi
maka aku pun berjanji untuk membawa kebajikan

untuk kau yang tidak tahu penjara
untuk kau yang belum ditahan tanpa bicara
untuk kau yang memiliki segala gala

kau dengar surah aku ini
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat
di bumi ini orang orang baik lebih banyak dari orang orang jahat

jika kau ingin menjadi manusia yang baik
jika kau ingin menjadi manusia berbudi
jika kau ingin menjadi manusia pemberi
lakukan sesuatu untuk mengubah diri

kezaliman yang ada ini
sedang menunggu kau
menunggu kau yang baik hati
menunggu kau yang berbudi


-hishammudin rais-

Wednesday, July 21, 2010

fuh!

salam...

hari ni genap seminggu lepas blog sebelum ini ditulis...well...saya tak ingin mengatakan apa2 mengenai reaksi para pembaca...kerana pendirian saya tegas...jelas....bukan menentang individu tertentu tapi budaya dan cara perlaksanaan...terusik hati saya apabila terdengar perbualan pelajar2 mengenai tulisan saya..ada juga yang melabelkan saya sebagai rebellious...tersenyum sendirian...ya...saya memang seorang rebellious...dilihat sebagai menentang arus..tak kisah la..tapi secara jujurnya bagi saya sendiri untuk meletakkan diri sendiri sebagai rebellious agak jauh perkataan itu..saya lebih gemar dengan frasa "berbeda pandangan"....lain pandangan dari org lain tak semestinya anda betul..tak semestinya anda salah...ya....cuma berbeda....satu skop berlainan...mungkin cara perlaksaan tidak kena pada sesetengah orang...ada seorang pelajar menulis kepada saya membuat andaian...'jika minggu orientasi itu dibuat secara mesra junior, saya tetap akan bersifat ego'...saya ingin menjawab..."kalau u tak cuba u tak taw"...tapi malang sejuta kali malang...nasi dah jadi bubur..semua dah terlambat...well enough of that....


ada satu cerita yang ingin saya kongsikan...mungkin ramai tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku..saya rasa hampir semua pelajar di fakulti saya tahu dengan pergaduhan yang berlaku awal tahun ini...kejohanan futsal di fakulti saya...(cerita ini ada kena mengena dengan blog yang saya tulis sebelum ini)...di hari yang kedua kejohanan...satu pergaduahn berlaku antara saya dan seorang pelajar senior...perkara kecil sebenarnya....terlalu kecil...tapi...hairannya reaksi dari pelajar senior ini begitu 'memberangsangkan sekali'...saya dah main bertahun tahun permainan bola sepak atau futsal ini..pergeseran di atas padang perkara biasa...bak kata arwah Kapten Halim..bila u kat atas padang,,,and u have this physical contacts with others...ada kecenderunagn untuk bertindak agresif...biasa....malangnya keesokan hari ketika saya hendak melangkah keluar dari perpustakaan...saya bertembung dengan senior tersebut...berlainan pintu...saya nak keluar...dia nak masuk perpustakaan..dia nampak je muka saya..dye dah menggelabah...mcm org hilang akal..hajatnya nak bergaduh la konon..dia berdiri betul di hadapan saya (tadi kat pintu sebelah..wowo!magic!)isaya tolak dia jauh la jugak...lepas tu makin keadaan jadi makin 'panas'...mcm orang hilang akal...then dye ditenangkan oleh rakan2..saya tak faham kenapa dan apa sebenarnya terjadi...sempat melemparkan senyuman...lawak pun ada...malu pun ada...ye la...bergaduh kat depan library..org tengok tak boleh nak byk plak...then senyap jap...l saya rasa lepas beberapa hari...saya nampak lagi senior tu..jauh rasa jarak saya...then saya nak pergi ke kereta nak amik barang...dye dtg...dye kata nak settle kat situ jugak...saya tanya dye apa benda nak settle.....dye tak jawab....then dye ckp lebih kurang mcm ni....'kau pelajar junior jangan nak tunjuk lagak...aku senior kat sini...ko jgn nak tunjuk kuat ngan aku'...then beberapa perkara dramatik berlaku..tolak menolak...memang nak bergaduh lah ni...saya dah tak fikir byk...orang ramai plak tengok...malu...bergaduh sebab apa?sebab...............................saya junior!then dye mcm biasa...hilang akal lagi...nak mengamuk...then dtg la kwan2 dye...mcm biasa.........ngan kawan2 dye aku tak faham jugak....konon nak menahan si pengamuk ni...pirah!betapa kuatnya rasa menjadi seorang senior..ish!ish!ish! saya tak ckp semua pelajar senior mcm tu...tapi anda harus mengakui budaya itu wujud..

tak mengapa jika tulisan saya mengeruhkan hubungan saya dan pelajar senior...maklumlah saya kan ego...keras kepala...memberontak je keje...tak mengapa...tapi senario ini seharusnya enggak berlaku ya...tidak harus ada lagi sentimen senior/junior ini...adanya perbedaan ini kerana ada perbedaan angka...kita sama sahaja...berusaha untuk merangkul sijil ijazah...saya ada kawan rapat di fakulti yang umurnya lebih tua dari pelajar senior tapi kami bergaul rapat walaupun byk berbeza pendapat...hormatnya saya padanya bukan kerana dia lebih tua...tetapi kerana kami meraikan perbezaan pendapat.....


-azuwan ahmad-

Wednesday, July 14, 2010

attention to all seniors!

salam...

ini merupakan minggu pertama sesi pengajian 2010/2011 semester pertama di universiti-universiti prima seluruh negara...wajah2 baru...sepatu baru..baju baru...subjek2 baru...kawan kawan baru..azam dan semangat yang baru...pendek kata..sebuah permulaan yang baru...

malangnya..di gedung gedung ilmu yang terkemuka di dalam negara gah Malaysia ini..masih ada perkara lama..jika boleh saya katakan sebagai masalah yang menjadi satu budaya dan tradisi..masalah yang membusuk sampai ke akar umbi...'rotten to the core'....

seperti biasa sebelum mulanya sesi pengajian..seminggu lebih awal pelajar pelajar Junior akan masuk mendaftar ke kolej kolej kediaman...seperti di fakulti saya, pelajar pelajar junior akan ada 2 sesi orientasi...satu sesi bersama 'senior2 kolej' dan satu sesi lagi bersama 'senior2' fakulti....

apa yang saya sebutkan sebagai satu permasalahan ialah bagaimana pelajar Junior di "orientasi' kan oleh pelajar pelajar senior yang diberi seolah olah autoriti penuh dalam mengendalikan pelajar baru...seperti biasa..apabila mendaftar masuk ke kolej mahupun fakulti kita akan disuruh atau saya boleh menggunakan perkataan 'diarahkan' untuk mengisi borang kebenaran mahupun persetujuan untuk menyertai apa-apa program yang dianjurkan pihak kolej@ senior....jadi rakan2 baru dari golongan junior ini secara naif dan lurus pun mengisi borang2 tersebut tanpa mengetahui apa yang mereka akan lalui sepanjang minggu orientasi tersebut....

anda perlu tahu bahawa saya tidak menentang minggu haluan siswa atau apa2 seumpamanya....tujuannya ialah supaya pelajar2 junior ini lebih rapat, lebih kenal...lebih mengetahui mengenai universiti yang mereka daftar atas dasar harapan yang meninggi gunung Ibu Bapa di rumah agar merka berjaya satu hari kelak..dan juga supaya mereka lebih kenal siapa bersama mereka berjuang dalam mendapatkan segulung ijazah...itu saya tidak ada masalah...betapa mulianya tujuan tersebut di atas kertas...Subhanallah...

tapi apa yang menjadi masalah ialah bila senior2 mula mengambil kesempatan mengenakan pelajar2 junior yang ada di antaranya baru pernah menapak di universiti...ada diantara perlakuan2 itu agak melampau...mampir kepada perbuatan buli..atau sememangnya buli...di rumah...Ibu Bapa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak mereka siang dan malam...menitis air mata saya mengenangkan doa yang tidak pernah putus dari Ibu yang melahirkan...

malangnya...dek kerana tradisi mengenakan pelajar2 baru yang telah diamalkan bertahun tahun lamanya...alasan itu digunakan pelajar pelajar senior membuat sesuka hati mereka...ada di antara senior2 terjerit jerit menunjukkan kuasa autoriti..gah..mungkin itu fikir mereka..bagi mereka seniority itu sungguh besar..dan pada masa itulah mereka menunjukkan lagak yang pada saya agak memualkan dan begitu menyampah.....pelajar junior disuruh melakukan berbagai bagai perkara dengan sesuka hati..asal dapat memenuhi nafsu rakus memuaskan hati mereka dengan fikiran mereka yang berkuasa...

saya tidak takut menyatakan pendirian saya mengenai perkara ini...pendirian saya tegas...apa salahnya jika minggu orientasi ini digunakan sebaik baiknya untuk kenal mengenali antara satu sama lain dengan cara harmonis bukan dimulakan dengan perasan benci dan dendam kesumat yang membuak buak...kolej atau fakulti akan menjadi tempat mereka menimba ilmu dan pengalaman..sebuah kenangan manis bukan pengalaman pahit yang terbenam dalam hati hati mereka...


saya ingin berkongsi pengalaman ketika menjadi freshie tak lama dahulu..saya bersama rakan2 lain di kolej seolah 'ditakut takutkan' dengan jeritan jeritan dan arahan2 pelajar senior yang kononnya garang dan tegas..semua kemahuan mereka dituruti...pukul 3 ataupun 4 pagi dikejutkan dari tidur disuruh berkumpul di dewan...untuk apa?hanya untuk dimarahi..satu lagi kejelikkan gaya pelajar2 senior mengendalikan orientasi..disuruh melakukan 'star jump'...tidak boleh berhenti jika senior tidak puas hati...apa ni??what the hell was that??saya mengikuti orientasi selam berberapa hari sahaja..oleh kerana perasaan menyampah yang amat mendalam
membuak buak bagai gunung berapi ditambah sifat saya yang dikenali agak panas baran ...saya ambil keputusan untuk meninggalkan sesi orientasi kolej secara diam diam...kebetulan pada minggu itu saya berhasrat untuk mengambil kereta yang baru dibeli di Proton Shah Alam...perasaan lega yang amat sangat..

minggu seterusnya...sesi orientasi di fakulti pula...dalam fikiran saya...di fakulti tidak terjadi perkara seumpama ini..malangnya saya silap...sama teruknya dengan di kolej...pelajar senior terjerit jerit...pelajar2senior perempuan bukan main lagaknya..mengalahkan pensyarah...terjerit jerit...seolah olah dalam hati mereka ada idea ' Aku senior..kau junior..kau diam...senyap!...Tuhan saja yang tahu perasaan saya pada hari itu...saya faham...belajar di Fakulti undang undang..kita mesti mempunyai perwatakan yang tinggi...selain sifat ingin belajar dan kerja keras..saya faham...dalam dunia perundangan sebenar kelak..kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia...tapi..bagi saya senior atau junior...kita belajar di bawah bumbung yang sama..belajar ilmu yang sama..menimba ilmu dengan pensyarah yang sama..sama -sama makan nasi...sama -sama ada otak untuk berfikir...saya rasa tak ada senior yang makan besi...you tak payah nak over! malam sebelum saya menghadiri orientasi fakulti..saya telah melalui perjalanan yang agak jauh...dari johor bharu kerana ada urusan...penat..ditambah keesokan paginya...traffic jam! sebelum tiba di fakulti..agak penat...kemudian pada lewat petang hari pertama sebelum balik...saya bersama rakan rakan dikumpulkan di auitorium..sekali lagi untuk dijerit oleh senior..bengang betul..kemudian kami yang dikelilingi oleh jawatankuasa orientasi...bersut hitam lagaknya bagai men in black...saya mengeluh kepenatan..datang seorang pelajar senior..sanagt hampir kepada saya..hampir bertemu mata dan mata...dia tenung saya..lama...menunjukkan kuasa seniority..tanpa berkata apa2...dalam hati saya nak ditumbuk je muka..biar ingat sikit...tapi masih ditahan..you..kalau orang tengok lama2 dengan pandangan ego...tak ke you bengang...lebih2 lagi kalau you tengah bengang...cuba orang buat dekat you...you suka??entah apa...oh!lupa saya..saya juga meninggalkan orientasi sekerat jalan..malas nak melayan perkara2 yang merepek...lawak pun ada..haha...

i nak nak bgtaw dengan budak2 senior...dunia ni sangat kecil...you tak taw bila you dalam kesusahan..what goes around comes around....sebagai seorang pelajar universiti prima...you mesti tunjuk perwatakan yang bagus...bukan lagak yang menyampah...mentaliti you sepatutnya tinggi...bukan mentaliti kelas ketiga...lepas you buat semua perkara yang keji tu..jangan expect after the orientation week..junior2 nak manis muka dengan you...junior2 bukan binatang...mereka juga ada hati dan perasaaan...universiti sepatutnya menjadi tempat mereka mengaut ilmu dengan selesa...bukan neraka!rasa hormat akan datang dengan sendiri..kalau you bagus you mesti dihormati...kalau you hampeh...orang akan meluat tengok you...tak kira la tinggi mana seniority you...

saya menyeru pihak pentadbiran universiti ambil perhatian kepada perkara2 sebegini..jangan lepas tangan..ambil peduli kebajikan pelajar...ambil kisah apa yang terjadi kepada pelajar2...sebab orang2 muda merupakan aset terbesar negara...pemacu kemajuan mendatang..jangan biarkan emosi2 yang negatif membantutkan potensi besar permata permata negara ini....

to all seniors...tolong treat pendatang baru sebagai kawan..saudara...jgn layan mcm hamba abdi...tunjukkan jalan kejayaan...bukan tanam kebencian....please!

sekian....

-azuwan ahmad-