Setiap orang yang hidup dalam muka bumi ini mempunyai tanggungjawab masing masing...sebelum lahir ke dunia kita telah berjanji dengan Maha Pencipta untuk taat dan patuh suruhannya...bila bercakap tentang suruhan untuk patuh, saya suka untuk mengaitkan dengan amanah..dan bila bercakap mengenai amanah saya suka kaitkan dengan kejujuran...dan bila bercakap tentang kejujuran saya suka bercakap mengenai hak....hak dari segi bahasa bermaksud kebenaran...dari segi pentafsiran, pendapat saya maksud sebenar hak itu adalah meletakkan kebenaran pemilikan kepada individu..hampir dengan definisi saya terhadap prinsip keadilan...
saya adalah orang yang gemar mencuba restoran baru yang menjamukan makanan lazat..no doubt about it...saya suka makan...tapi apa yang saya cuba berkongsi di sini adalah beberapa peristiwa yang mencuit hati saya untuk berfikir...ada beberapa ketika terlihat makcik atau pakcik atau seorang buta yang dipimpin tangannya membawa seplastik tisu atau keropok mengharapkan simpati orang untuk menyumbang sedikit wang untuk membeli jualan mereka...setiap kali itu, saya cuba menguatkan diri untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membantu mereka...jika tidak banyak pun, sedikit pun jadilah...kerana pada pendapat saya duit yang saya pegang tidak kira duit biasiswa jpa, atau duit yang di bank in oleh ibu bapa saya atau duit gaji saya ada sejumlah wang yang perlu saya sisihkan kerana saya percaya duit tersebut bukan milik saya tapi milik orang lain...bukan saya mahu bercerita dengan apa yang saya lakukan tetapi ketahuilah rintihan hati seorang anak muda yang ambil berat tentang tanah airnya...
isu yang cuba saya sampaikan disini adalah dalam konteks masalah negara kita...kemiskinan...bukan negara kita miskin tetapi rakyat kita miskin...pelik tapi hakikat...kita berbangga dengan tanah air kita yang aman damai...kaya dengan sumber asli..minyak,kayu balak..cukup kaya memang cukup kaya....kita berbangga dengan senarai orang terkaya di Malaysia..di antaranya ada anak bangsa melayu...tapi hakikat yang sebenar membusuk hingga ke akar..."rotten to the core"...ada orang kata bangsa Malaysia masih ada kemiskinan kerana sifat malas...saya ingin menytakan pendirian saya..memang benar kadang kemalasan menjadi masalh utama dalam kemiskinan...seorang ahli falsafah dunia menyatakan hanya ada 2 cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan...satu, bekerja kedua, belajar...
saya kira saya seorang anak melayu yang tergolong dalam kalangan yang beruntung...saya tidak pernah merasa kemiskinan...pendidikan saya cukup...ibu bapa saya memberikan perhatian sepenuhnya makan minum saya,pelajaran saya..belajar di universiti terkemuka negara, diberi biasiswa, semua cukup...pendek kata kemiskinan tidak ada dalam kamus hidup saya...tapi saya banyak melihat kemiskinan..ia banyak mengajar saya erti kehidupan...
tapi kadang kadang mengalir air mata saya melihat seorang makcik tua bekerja keras membawa plastik besar yang berat semata mata menjual keropok untuk menampung kehidupan...saya tidak dapat bayangkan kalau ibu saya berada dalam situasi itu...dari dahulu kerajaan mencanang mereka lah juara dalam membela nasib orang miskin...beberapa dasar ekonomi cuba diaspirasikan dan meraka menuntut bahawa rancangan mereka berjaya...dasar ekonomi baru untuk membantu bumiputera katanya...tapi saya bertanya...bumiputera mana yang dibantu...kenapa di sarawak masih ada anak anak yang keciciran pelajaran..kenapa kita masih mempunyai rakyat yang berada di bwah garis kemiskinan sedangkan kita berbangga dengan kekayaan yang kita ada?saya tidak tahu bagaimana menteri atau pemimpin kerajaan tidak kira dari barisan nasional atau pakatan rakyat boleh tidur lena sedangkan masih ramai rakyat yang tidur dalam kelaparan bertanya kepada diri meraka adakah masih ada harapan untuk hidup esok hari...kita kaya memang kita kaya..tetapi pengagihan kekayaan negara masih memalukan...saya masih terinagat di zaman Rasullah s.a.w dan para Sahabatnya memegang tampuk pemerintahan sebuah empayar yang cukup besar...tidak pernah terdetik di hati untuk membolot harta...malahan mereka merasakan cukup berdosa jika masih ada seorang rakyat pun yang tidak makan seharipun...
sampai bila kita hendak terus mengkayakan orang yang sudah cukup kaya?dan mensiakan orang orang miskin?
Thursday, April 29, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)